Trending
Terkini Mengenai Kes Akiko Okumura Melibatkan 6 Ubat Yang Diterima Pihak Polis
Polis mengesahkan bahawa mereka masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridz Okumura dalam siasatan kes kematian isterinya, Akiko Okumura.
Menurut laporan Berita Harian, laporan mengenai ubat-ubatan tersebut masih dalam siasatan.
Kes Akiko Okumura masih diklasifikasikan sebagai SDR

Bukan tu jer, kemungkinan mangsa pernah mendapatkan rawatan sebelum ini dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Kes ini masih dalam siasatan dan sehingga kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Polis siasat dari pelbagai sudut

Sebelum ini, pihak polis telah merampas beberapa jenis pil yang dipercayai berasal dari Jepun di kediaman pasangan tersebut.
Walaupun kes masih diklasifikasikan sebagai SDR, polis turut menyiasat aspek kemurungan atau masalah kesihatan yang mungkin memerlukan pengambilan ubat.
Pada 5 Mac lepas, polis mengesahkan bahawa wanita warga Jepun berusia lingkungan 50-an yang maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya pada 28 Februari adalah Akiko Okumura.
#ApaKataOhmedia
Kematian secara mengejut pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga dan orang terdekat. Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami tekanan emosi, dapatkan bantuan segera daripada ahli keluarga, rakan, atau pihak profesional.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM