Connect with us

Oh! Media

Terkini! Dua Kenderaan Dipercayai Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

ohmedia tanahruntuh

Trending

Terkini! Dua Kenderaan Dipercayai Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

Memetik laporan Utusan, sebentar tadi baru sahaja berlaku kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Pihak Bomba yang tiba di lokasi kejadian difahamkan ada dua kenderaan tertimbus. Sebuah lori kecil dan sebuah kereta dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.

Tanah runtuh turut menutupi kedua-dua arah jalan dan menghalang kenderaan lain untuk melaluinya.

IKLAN

Setibanya jentera di lokasi, didapati tanah runtuh menghalang laluan utama ke Cameron Highlands. Berdasarkan maklumat awal, sebuah kenderaan terperangkap di mana terdapat mangsa di dalamnya. Operasi kini sedang dijalankan.

Kenyataan itu disahkan oleh jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Perak yang menerima laporan pada 1.44 petang tadi.

Berita penuh akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas