Tak kira macam mana susah dan teruk pun mereka dalam menjalani kehidupan seharian, perkara utama dalam hidup mereka ialah untuk memberikan kesenangan dan kemudahan buat anak-anak.
Bapa OKU lindung anak dari hujan
Tular di TikTok satu video memaparkan seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang melindungi anaknya daripada terkena hujan dengan menggunakan bajunya.
Menerusi video yang dikongsi isteri kepada lelaki itu, dapat dilihat lelaki tersebut sanggup berhujan dan mengutamakan anak kecilnya meskipun dalam keadaan bertongkat.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut dan berasa sebak selepas melihat video tersebut.