Connect with us

Oh! Media

“Terima Kasih Sedarkan Aku” – Suami Tak Jadi Poligami Lepas Kena ‘Basuh’ Dengan Netizen

Trending

“Terima Kasih Sedarkan Aku” – Suami Tak Jadi Poligami Lepas Kena ‘Basuh’ Dengan Netizen

Baru-baru ini viral di media sosial seorang lelaki merakam aksi isterinya sedang membelek barang rombongan meminang untuk bakal isteri keduanya.

ADVERTISEMENT

Menerusi rakaman itu, dia memaklumkan walaupun isteri pertama memberi izin untuk berpoligami, dia sedar isterinya sedang bersedih dan hatinya tidak reda sepenuhnya.

BACA: Netizen Kecam Suami Tekad Teruskan Kahwin Dua Walaupun Tahu Isteri Sedih

Perkongsian itu ternyata mengundang rasa kurang senang netizen. Netizen mengkritik dirinya yang dianggap mementingkan diri sendiri dan mengabaikan perasaan isteri.

Tak kurang juga yang memintanya untuk mengimbau pengorbanan isteri sejak dari hari pertama mereka berkahwin sehingga sekarang.

Sedar dah buat kesilapan

Segala kecaman dan kritikan diberikan netizen telah menimbulkan kesedaran lelaki ini. Dalam hantaran terbaru, dia memohon maaf dan membatalkan hasratnya untuk berkahwin lagi.

Pasal video kahwin dua semalam aku minta maaf. Aku dah fikir masak-masak, aku tak jadi kahwin satu lagi. Aku baca setiap komen netizen. Terima kasih sebab sedarkan aku. Terima kasih yang hina, caci, kutuk fizikal aku. Aku maafkan.

Jelasnya, setelah berfikir sepenuhnya dia sedar isteri ada waktu dia susah di awal perkahwinan mereka dahulu. Adalah tidak adil jika isteri kedua hadir dalam hidupnya hanya ketika senang sekarang.

Terbaca satu komen netizen yang buat aku terkesan sangat-sangat. “Dia terima kau waktu kau susah, waktu kau motor pun pinjam ayah punya. Bila dah senang sikit cari baru, lelaki sial kau ni.”

Sedar telah membuat kesilapan, lelaki ini memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan rumahtangga bersama isterinya sekarang.

Video penuh:

@helmi_juhari Terima kasih sebab sedarkan aku. 🙂 #sayamintamaaf ♬ Do’aku – Haddad Alwi

Kredit: TikTok @helmi_juhari

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas