Connect with us

Oh! Media

Terdesak Untuk Bekerja, Pelajar Kena ‘Scam’ RM13,000

Trending

Terdesak Untuk Bekerja, Pelajar Kena ‘Scam’ RM13,000

Kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan, seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditipu hampir RM13,000 selepas terpedaya dengan sindiket pekerjaan yang tidak wujud.

ADVERTISEMENT

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan, berkata mangsa lelaki berusia 23 tahun itu terlihat iklan peluang pekerjaan di Facebook menerusi aplikasi EZJOB.

Beliau berkata, mangsa mula berminat dengan tawaran oleh suspek dan kemudian berurusan melalui aplikasi Whatsapp sebelum diminta untuk melakukan 60 tugasan di dalam aplikasi tersebut.

“Setiap tugasan mangsa dijanjikan akan mendapat wang dengan tugasan itu hanya perlu ‘like’ video serta melihat iklan.

“Selepas selesai semua 60 tugasan itu, mangsa kemudian dimaklumkan akan menerima pendapatan kononnya berjumlah RM17,290.13, tetapi perlu menebus wang dalam aplikasi itu dengan perlu membuat pembayaran terlebih dulu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau lagi, mangsa telah membuat lima transaksi pembayaran yang berjumlah RM12,810 ke akaun bank yang diberikan oleh suspek pada 4 Mei lalu.

“Mangsa dikatakan membuat bayaran itu menggunakan wang simpanannya serta ahli keluarga yang lain.

“Selepas pembayaran dibuat, suspek memberitahu jumlah itu masih tidak mencukupi untuk menebus pendapatan diterima mangsa, sebelum mangsa tidak mengikut arahan itu dan meminta wangnya dipulangkan semula.

“Namun, suspek terus gagal dihubungi, sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Merlimau, Jasin pada 4 Jun lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kredit : BeritaHarian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas