Connect with us

Oh! Media

Terbongkar! Dashcam Rakam Nissan Navara Sedang Berlumba Sebelum Langgar Lari Motosikal

Navara Langgar Motor

Trending

Terbongkar! Dashcam Rakam Nissan Navara Sedang Berlumba Sebelum Langgar Lari Motosikal

Netizen dikejutkan dengan rakaman dashcam memaparkan aksi dua trak pacuan empat roda dipercayai berlumba sebelum kejadian langgar lari yang meragut nyawa berhampiran Plaza Tol Jalan Duta.

Menurut laporan mStar, video yang kini tular di Facebook Traffic Info Crew menunjukkan sebuah Nissan Navara dipandu laju, diikuti rapat Mitsubishi Triton, dipercayai sedang berlumba di lorong kiri.

Netizen dedah ‘putar alam’ dalam laporan awal?

Img 4927

Rakaman itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dakwaan awal menyalahkan mangsa yang didakwa memasuki laluan kenderaan tersebut.

IKLAN

Lain macam putar alam! Jelas dalam video dia cilok sana sini sebelum langgar mangsa.

Netizen juga menyuarakan harapan agar lebih ramai saksi dan bukti video tampil membantu siasatan.

Polis sahkan siasatan masih dijalankan

Pdrm

Menurut Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada kenderaan Nissan Navara yang dirakam itu adalah kenderaan sama dalam insiden langgar lari yang berlaku baru-baru ini.

Pssttt! Ingat, jalan raya bukan tempat berlumba. Satu nyawa hilang kerana kelalaian boleh menghantui seumur hidup. Jangan jadi pemandu yang pentingkan diri.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas