Connect with us

Oh! Media

“Terasa Sangat, Menusuk!” – Lakonan Ummi Nazeera Dipuji, Ramai Puas Hati Tengok Hayfa Marah Adam

Trending

“Terasa Sangat, Menusuk!” – Lakonan Ummi Nazeera Dipuji, Ramai Puas Hati Tengok Hayfa Marah Adam

Drama ‘Risik Pada Hati’ lakonan hebat Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya kini sudah menghampiri penghujungnya.

Watak Hayfa yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera sanggup berkongsi kasih dengan Aisya (Zara Zya) demi zuriat untuk suaminya, Adam (Alif Satar).

IKLAN

Namun, lama kelamaan Hayfa merasakan kasih sayang Adam kepadanya sudah berkurang. Ini menyebabkan Hafya banyak makan hati.

@tv3malaysia Besar dugaan Hayfa, dia asyik dipersalahkan je…😭😭 #risikpadahati #dramasangat #tv3malaysia #akasia ♬ original sound – TV3Malaysia
@tv3malaysia Tak sampai hati Min tengok nasib Hayfa… #risikpadahati #dramasangat #tv3malaysia #akasia ♬ original sound – TV3Malaysia

Dalam episod yang ditayangkan semalam, kesabaran Hayfa nampaknya sudah habis. Dia mencabar Adam untuk melepaskannya.

Babak tegang itu telah mengundang pelbagai reaksi penonton. Ramai yang meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Hayfa. Tak kurang juga yang menyalahkan Hayfa yang sebenarnya telah menjerat diri sendiri.

Di ruangan komen, para peminat memuji lakonan Ummi Nazeera yang menurut mereka ‘sampai’ ke hati. Meskipun hanyalah lakonan, penonton dapat merasakan kesedihan yang dilalui Hafya. Setiap dialog yang dilontarkannya menusuk ke jiwa!

Tak sabar nak tengok kesudahannya, apakah agaknya pengakhiran hubungan antara Adam, Hayfa dan Aisya? Korang team mana?

Kredit: Instagram Ummi Nazeera

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Kongsikan artikel ini:

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas