Connect with us

Oh! Media

Tentera Yang Tumbuk Pemandu Wanita Axia Masih Jalankan Tugas, Sudah Diberi Nasihat

Tentera Pemandu Wanita Axia

Trending

Tentera Yang Tumbuk Pemandu Wanita Axia Masih Jalankan Tugas, Sudah Diberi Nasihat

Susulan video tular memaparkan seorang wanita ditumbuk oleh lelaki yang didakwa anggota tentera, pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) tampil menjelaskan tindakan yang telah diambil berhubung insiden berkenaan.

Menurut laporan Sinar Harian, pihak tentera telah memberikan nasihat sewajarnya kepada anggota terbabit, sambil menunggu hasil siasatan penuh dari pihak berkuasa dan perkara ini dikatakan sendiri Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Kita telah beri nasihat sewajarnya, dan selebihnya kita serahkan kepada siasatan polis. Kita tidak boleh mencampuri proses siasatan yang sedang dijalankan.

Didakwa di mahkamah, mengaku tidak bersalah

Img 2616

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, telah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan mencederakan seorang wanita di kawasan Taipan Senawang pada 29 Mac lalu.

IKLAN

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Tular gara-gara dakwaan anak dilanggar?

Tentera Tumbuk Wanita Axia

Insiden tercetus selepas lelaki terbabit dipercayai berang kerana mendakwa anaknya telah dilanggar oleh wanita berkenaan yang memandu sebuah kereta Perodua Axia.

Klip video yang tular menunjukkan lelaki tersebut menumbuk mangsa hingga mencetuskan reaksi marah netizen di media sosial.

#ApaKataOhmedia

Dalam apa jua situasi sekalipun, keganasan bukanlah jalan penyelesaian. Serahkan pada pihak berkuasa untuk menilai dan menyiasat secara adil. Kawal emosi, elak tragedi.

Tentera Pemandu Wanita Axia

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas