
Trending
Tempoh Tahanan Dilanjutkan, Bapa Dedah Keadaan Terkini Eda Ezrin Di Penjara
Bapa berkata, Eda Ezrin semakin kurus dan sering merintih keadaan diri.
Sejak lebih tujuh bulan berada di Penjara Pusat Narathiwat, penyanyi dikir barat popular, Eda Ezrin, dikatakan semakin kurus.
Lapor Harian Metro, bapanya, Wan Ismail Wan Yusuf memaklumkan Eda sering merintih mengenai nasib diri dan meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya.
Keluarga terkilan, mahu Eda pulang sambut aidiladha

Lebih menyedihkan, harapan keluarga untuk menyambut Aidiladha bersama-sama musnah apabila penahanan Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan mereka sekali lagi dilanjutkan sehingga 6 Julai depan selepas pendakwa raya memohon lanjutan tempoh untuk memfailkan rayuan.
Sedih apabila mendengar cerita daripada ibu Eda Ezrin. Bekas isteri juga memaklumkan badan Eda semakin susut, mungkin kerana sudah lebih tujuh bulan di penjara dan sering memikirkan nasib yang menimpa dirinya selain merindukan keluarga.
Dia turut meluahkan rasa keliru dengan keputusan mahkamah negara jiran itu yang membenarkan penahanan diteruskan walaupun keputusan sebelum ini menyatakan Eda dan rakan-rakan tidak bersalah.
Katanya, mereka kini hanya mampu reda dengan undang-undang di Thailand yang berbeza dengan Malaysia.
Keadaan Eda Ezrin menyedihkan, tubuh makin susut

Menurut Wan Ismail lagi, bekas isterinya ada menemui Eda Ezrin baru-baru ini dan menceritakan bahawa keadaan anak mereka sangat menyedihkan.
Sedih apabila mendengar cerita daripada ibu Eda Ezrin… Saya sendiri tidak sanggup untuk bertemu anak saya di penjara kerana terlalu sedih memikirkan apa yang berlaku.
Wan Ismail juga yakin Eda Ezrin masih belum dimaklumkan tentang lanjutan penahanannya dan hanya berharap agar anaknya itu terus kuat menghadapi dugaan ini.
Meskipun Mahkamah Wilayah Narathiwat telah membebaskan Eda Ezrin, suaminya Mohd Affendi Ahmad dan empat lagi rakan mereka daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil methamphetamine, mereka tetap ditahan kerana pendakwa raya berjaya memohon lanjutan masa untuk memfailkan rayuan.
Pssttt! Semoga keluarga Eda Ezrin terus kuat dan tabah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
