
Trending
Bapa Harap Eda Ezrin Balik Raya Haji
Bapa Eda Ezrin rayu agar anaknya dibebaskan awal dari penjara demi sambut Aidiladha bersama keluarga. Harapan besar untuk kembali bersatu di musim perayaan.
Bapa kepada penyanyi dikir barat, Eda Ezrin iaitu Wan Ismail Wan Yusuf meluahkan harapan agar anaknya dapat dibebaskan lebih awal daripada Penjara Wilayah Narathiwat bagi menyambut Aidiladha bersama keluarga.
Menurut laporan Berita Harian, tempoh tahanan penyanyi itu dijangka tamat 10 Jun ini, namun jika pihak pendakwa raya membuat rayuan, ia akan dilanjutkan hingga 6 Julai.
Kami sekeluarga berdoa anak dapat bebas lebih awal dari tempoh itu… Dua cucu saya terlalu rindukan ibu mereka,” kata Wan Ismail.
Masih berharap, tiada majlis korban tahun ini

Persiapan Aidiladha kali ini katanya biasa sahaja tanpa sebarang majlis korban, tetapi sekiranya pembebasan awal berlaku, majlis kesyukuran secara kecil-kecilan akan diadakan.
Kalau Eda dibebaskan awal, kita nak sambut secara sederhana bersama keluarga.
Eda Ezrin bebas tapi masih dalam tempoh tahanan

Sebelum ini, Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 6 Mac lalu selepas dituduh memiliki 6,059 biji pil methamphetamine untuk dijual.
Namun, mereka masih berada dalam tahanan sementara pihak pendakwa raya diberi ruang untuk memfailkan rayuan.
Pssttt! Doa dan harapan keluarga mampu jadi kekuatan saat diuji. Semoga keadilan dan kasih sayang terus berpihak pada yang benar.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
