Connect with us

Oh! Media

Jefri Nichol Akhirnya Tunjuk Bukti Cintanya Terhadap Ameera Khan?

Copy of Untitled Design   4

Trending

Jefri Nichol Akhirnya Tunjuk Bukti Cintanya Terhadap Ameera Khan?

Pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi gambar jarinya yang dicacah tatu huruf ‘AK’, yang didakwa sebagai singkatan nama kekasihnya, Ameera Khan.

Menurut laporan xtra, bintang filem Jakarta Vs Everybody itu dilihat mempamerkan tatu berkenaan, sekaligus menguatkan spekulasi mengenai hubungan mesranya dengan adik kepada Noor Neelofa itu.

Ada lagi petunjuk cinta?

D5518a50 706b 4299 b2c4 52a7b89308d1

Selain tatu, Jefri juga tampil dalam satu acara di Indonesia dengan gaya santai, lengkap dengan rantai kunci berbentuk love serta tanda nama bertulisan ‘A’.

IKLAN

Ketika ditanya mengenai maksud huruf ‘A’ itu, Jefri hanya tersenyum dan mengelak daripada menyebut nama Ameera, namun netizen sudah boleh meneka siapa yang dimaksudkannya!

Kontroversi video mesra Jefri Nichol dan Ameera Khan

Jefri ameera khan pegang tangan 630x502

Sebelum ini, video Jefri dan Ameera beraksi mesra di hadapan khalayak turut tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan itu, namun kedua-duanya kelihatan tenang dan tidak kisah, malah sedang menikmati waktu bersama di Jogjakarta.

#ApaKataOhmedia

Setiap hubungan cinta ada caranya tersendiri. Tapi bila dah jadi perhatian ramai, pasti ada yang suka dan ada yang kurang senang. Yang penting, jaga batas dan hormati pandangan orang sekeliling!

Copy of Untitled Design   4

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: xtra


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas