Connect with us

Oh! Media

Awas! Scammer Ada Taktik Baru Untuk Jerat Mangsa

Scam

Trending

Awas! Scammer Ada Taktik Baru Untuk Jerat Mangsa

Ewah ewah! Korang tahu tak scammer dah ada taktik baru nak attack korang? Mentang-mentang style lama dah lapuk, pandai ya cari cara lain nak kelentong orang.

So, cara diorang nak tipu adalah dengan call korang dan cakap yang korang ada kontak rapat dengan kes positif Covid-19. Lepas tu, diorang akan minta korang untuk beri maklumat kad kredit dan bayar RM150.

Ingat ya! Pegawai KKM tak akan minta sebarang bayaran dan maklumat kad kredit kalau betul korang ada kontak rapat dengan kes. Perkara ni pun memang diakui oleh pengerusi dan pengasas bersama Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris.

IKLAN

“Ya, pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah atau Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) akan hubungi pesakit jika ada keperluan pengesanan kontak. Tapi panduan dan temujanji akan diberikan untuk saringan dibuat di fasiliti kesihatan berhampiran. Pegawai KKM tidak akan meminta maklumat kad kredit.” – katanya.

Jadi, apa lagi? Jangan lupa untuk bagitahu family dan kawan-kawan korang semua. Kalau rasa ragu-ragu dengan call yang korang dapat, boleh terus hubungi CPRC Negeri atau Daerah untuk dapatkan kesahihan. Ingat, jangan senang tertipu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas