Connect with us

Oh! Media

“Takleh Nak Fikir Kepala Otak Awak Eh?” – Viral Audio Guru Tengking, Marah Murid Dalam Kelas

Trending

“Takleh Nak Fikir Kepala Otak Awak Eh?” – Viral Audio Guru Tengking, Marah Murid Dalam Kelas

Di TikTok, viral rakaman suara seorang guru memarahi murid ketika sedang mengajar. Dalam perkongsian itu, pengguna TikTok @sapikhaa mendakwa dia sudah mendapat jawapan mengapa anak buahnya selalu takut dan cemas bila nak masuk kelas cikgu ni.

ADVERTISEMENT

Katanya, anak buahnya yang berada di tahap ‘beginner’ tak sepatutnya dimalukan, ditengking dan direndah-rendahkan di depan kawan-kawan kelas yang lain.

“Patutlah anak buah takut masuk kelas”

@sapikhaa

Patutlah selama ni anak buah i asik takut & anxious nak masuk class dia ni. Walaupun anak buah i masih dalam “Beginner” level untuk subjek yg diajar cikgu ni, i rasa tak patut dia dimalukan, ditengking, degraded di depan kawan-kawan dalam class. Dari bebel benda tak perlu lebih baik cikgu ni pergi approach pelajar, terangkan sampai dia faham. Kan guru ada belajar pelbagai cara mengajar untuk different “Competency Levels” dalam kelas yg bercampur aduk kemahirannya.. Kalau betul lemah sangat, boleh bincang dengan ibu bapa & pihak atasan untuk langkah seterusnya. I believe semua guru subjek lain kena deal dengan pelajar “Beginner” yg perlukan bimbingan lebih di kalangan pelajar “Intermediate” & “Advance”. Cuma ada setengah guru ada skills, common sense & empathy untuk mengajar dengan cara yg dilatih. Setengah lagi guru hanya mampu membebel & jadi pembuli budak darjah 1.

♬ original sound – Sapikha Law

Patutlah selama ni anak buah i asik takut dan anxious nak masuk class dia ni. Walaupun anak buah i masih dalam “Beginner” level untuk subjek yang diajar cikgu ni, i rasa tak patut dia dimalukan, ditengking, degraded di depan kawan-kawan dalam class. 

Pengguna TikTok ini cadang cikgu supaya menggunakan pendekatan yang lebih baik dan jelaskan sehingga murid-murid faham.

@sapikhaa Replying to @Opat7449 ♬ original sound – Sapikha Law

Katanya lagi, cikgu-cikgu tentu ada belajar pelbagai cara untuk mengajar murid-murid yang mempunyai tahap kecekapan berbeza dalam kelas di mana bercampur aduk kemahirannya.

Cuma ada setengah guru ada skills, common sense dan empathy untuk mengajar dengan cara yang dilatih. Setengah lagi guru hanya mampu membebel dan jadi pembuli budak darjah 1.

Jelasnya lagi, jika betul murid itu sangat lemah dalam pembelajaran, cikgu sepatutnya berbincang dengan ibu bapa dan pihak atasan untuk langkah seterusnya, bukannya membebel dan jadi pembuli budak darjah 1.

@sapikhaa Replying to @PizzaKampung_CikAyim ♬ original sound – Sapikha Law

Pengguna TikTok ini dilihat turut memuat naik beberapa audio lain memaparkan cikgu ini mengeluh dipercayai ‘hilang sabar’ untuk mengajar murid yang lemah.

Jelasnya, respon dan intonasi yang diberikan cikgu ketika kawan-kawan kelas cuba membantu adalah sangat mengecewakan.

Kredit: TikTok @sapikhaa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas