Connect with us

Oh! Media

“Takde Content Sangat Nak Buat Ka?”, Netizen Kecam Program TV Sebab Jemput ‘Kak Long’ 7E

tv alhijrah

Trending

“Takde Content Sangat Nak Buat Ka?”, Netizen Kecam Program TV Sebab Jemput ‘Kak Long’ 7E

Siapa masih tak kenal dengan Kak Long 7E? Rasanya satu Malaysia mesti dah tengok video amukan seorang wanita di sebuah serbaneka sebelum ini berikutan anaknya dituduh mencuri.

ADVERTISEMENT

Kerenah wanita ini yang menggelar dirinya sebagai Kak Long bagaimanapun terus mendapat kecaman ramai walaupun sudah meminta maaf. Ini apabila tersebar pula video perlakuan biadapnya ketika di KFC.

Kak Long 7E masuk TV gais….

Hari ini, tersebar pula gambar menunjukkan Kak Long 7E dalam satu program TV Alhijrah. Gambar itu dikongsikan PU Amin yang memaklumkan Kak Long 7E adalah tetamu mereka dalam satu program. PU Amin turut meletakkan persoalan samaada benarkah Kak Long 7E garang seperti yang dapat dilihat di dalam video yang tersebar.

Panggillah mana-mana doktor ke…

Perkongsian PU Amin di Twitter itu bagaimanapun mendapat kecaman dan mengundang persoalab ramai, adakah TV Alhijrah sudah tiada konten sangat sehingga terpaksa memanggil Kak Long 7E untuk menarik penonton.

Seorang peguam yang dikenali sebagai Muhammad Syarafi turut menganggap TV Alhijrah sepatutnya melebihkan perkongsian berilmiah dan menjemput mereka yang berilmu seperti doktor dan pakar-pakar. Jika tidak, TV Alhijrah sama sahaja dengan program Melodi yang hanya mementingkan populariti semata-mata.

Dr. Ustaz Rozaimi Ramle juga kecewa

Image

Perkongsian PU Amin itu bagaimanapun telah diturunkan selepas mendapat kecaman dari netizen. Setakat ini tidak pasti sama ada program yang dihadiri Kak Long 7E itu akan terus ditayangkan atau tidak.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas