Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Haram Ke Kalau Pakai Baju ‘Brick Orange’? Ini Penjelasan PU Amin

Pu Amin

Oh! Islam

#RENUNGAN Haram Ke Kalau Pakai Baju ‘Brick Orange’? Ini Penjelasan PU Amin

Tular di media sosial tentang haram atau tidak pemakaian baju raya brick orange bagi lelaki. Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin tampil menjawab soalan hangat itu.

BACA: #RENUNGAN Pakai Gincu Masa Puasa Batal Ke? Ini Hukumnya

Persoalan ini timbul disebabkan warna tersebut akan menjadi pilihan ramai sebagai tema bagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

IKLAN

Semasa panggilan bersama Era FM, Pu Amin menjelaskan terdapat dalil yang mengharamkan lelaki Muslim mengenakan baju berwarna jingga kerana sinonim dengan barang perhiasan wanita.

Pu amin brick orange

Ada sebab kenapa pakai ianya haram sebab dahulu, pakaian berwarna warna seperti jingga, merah dan terang ini diperbuat dan dicelup menggunakan safron.

Malah, warna itu lazimnya adalah warna serta barang perhiasan wanita jadi itu antara sebab kenapa dia haram.

Walau bagaimanapun, pendakwah itu menerangkan hukum memakai baju terang telah menjadi harus kerana tidak lagi dianggap menyerupai pakaian wanita.

Tambahnya, Nabi Muhammad SAW juga pernah mengenakan pakaian berwarna merah di saat riwayat baginda satu masa dulu.

Boleh pakai tak ada masalah. Sedangkan Nabi SAW pun pernah pakai baju warna merah.

Diharapkan melalui perkongsian PU Amin ini, persoalan tentang pemakaian baju warna brick orange terjawab.

Kredit: Era FM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas