Trending
“Tak Tahu Nak Pilih Siapa” – Andika Putera Didakwa Bercinta Dengan Dua Wanita Sekali Gus
Kisah rumah tangga Andika Putera dan bekas isterinya masih belum selesai, timbul pula dakwaan mengatakan Andika bercinta dengan dua orang wanita sekali gus. Biar betul?
Dakwaan itu dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @wnurlianaaida . Dia yang lebih mesra disapa sebagai Nana mendakwa hubungannya dengan Andika terjalin sekitar bulan Mei 2024, selepas dihubungi menerusi Whatsapp.
Dakwanya lagi, selepas kira-kira sebulan berkenalan Andika meluahkan hasrat membawa hubungan ke tahap yang lebih serius.
Andika bercadang untuk bertemu dengan keluarga wanita tersebut untuk masuk meminang.
Katanya nak masuk meminang pada hujung bulan 6. Nak ikat terus, tak nak bagi orang sambar.
Kalau boleh nak kahwin terus bulan 9 dan 10 sebab taknak tunang lama-lama. Risau ujian semasa bertunang tu besar dan berat.
Tetapi, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Nana memandangkan adiknya baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan dia juga tidak sempat untuk mengumpul wang.

Namun, Andika dikatakan memberi janji-janji manis akan menanggung segala kos perkahwinan mereka dengan anggaran bajet sebanyak RM150,000.

Walaubagaimanapun, Nana berkata ibu bapanya tidak setuju dengan hubungan mereka pada mulanya atas sebab tertentu.
Tetapi dengan berkat doa orang ramai dan pujukan, ibu bapa Nana terbuka hati untuk terima Andika sebagai menantu.
Bila papa dah setuju, papa suruh buat keputusan untuk pilih tarikh merisik dan bertunang. Nana pun teruja lah bagitahu dia yang papa dah setuju.
Sekali dia plot twist cakap, ‘jap tengah keliru, tak tahu nak pilih sama ada Nana atau doktor
Dia kata dua-dua ada kelebihan masing-masing dan dia ada cakap yang doktor tu sanggup bermadu kalau pilihan dia Nana.
Wanita itu terkejut dengan penyataan tersebut, rupa-rupanya Andika didakwa telah bercinta dengan dirinya dan juga seorang doktor.

Nana akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Andika. Dia juga berkata bahawa dia bukan lah punca Andika dan bekas isterinya bercerai, dan Nana hanyalah mangsa keadaan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: TikTok @wnurlianaaida
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM