Connect with us

Oh! Media

“Tak Sangka Mereka Beri Wang Palsu..” – Peniaga Kuih Ditipu Pasangan ‘Berlagak’ Kaya

Artikel 3 121

Trending

“Tak Sangka Mereka Beri Wang Palsu..” – Peniaga Kuih Ditipu Pasangan ‘Berlagak’ Kaya

Kejadian di Rembau, seorang peniaga kuih dan makanan di Tapak Penjaja Chembong sedih kerana terpedaya dengan tipu helah pasangan kekasih ‘berlagak’ kaya yang membayar menggunakan wang palsu.

BACA: 215 Peniaga Jalanan Telah Disaman Polis Di Seluruh Negara

Menerusi laporan Kosmo, peniaga yang bernama Nur Ashikin Kadir, terpaksa menanggung kerugian selepas menerima wang kertas palsu RM100 daripada pasangan kekasih itu.

IKLAN

Sekali imbas nampak macam duit asli

Whatsapp image 2022 01 12 at 144515
Nur Ashikin menunjukkan wang palsu RM Foto Kosmo

Nur Ashikin menyatakan bahawa semasa pasangan tersebut mahu membuat pembelian, dia tengah sibuk melayan pelanggan lain. Pasangan tersebut membuat pembelian sebanyak RM16 dengan membeli kuih rojak, mee rojak dan tauhu begedil.

Semasa menerima wang tersebut, terdetik di hati Ashikin tentang kelainan wang itu, tetapi Ashikin hanya menganggap wang tersebut baru dikeluarkan dari ATM kerana wang itu memang nampak seperti wang asli.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang, ada sepasang individu lelaki dan wanita loghatnya seperti orang Indonesia. Mereka nampak seperti kaya dengan menaiki kereta jenis Proton X50.

Jadi, saya memang tak sangka mereka akan memberikan wang palsu kepada saya. Sebaik menyedari wang berkenaan palsu kira-kira 30 minit selepas kejadian, saya telah memuat naik makluman di page Facebook setempat bagi memastikan peniaga lain tidak tertipu seperti saya dan mengalami kerugian.

Allah, zaman sekarang ni memang macam-macam helah dibuat oleh manusia. Nak beli makanan RM16 pun sanggup tipu beri wang palsu. Semoga peniaga di luar sana mengambil iktibar dan periksa betul-betul wang yang korang dapat, okay! Jangan bagi muka dekat mereka yang gunakan cara kotor ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas