Connect with us

Oh! Media

“Tak Sangka Dia Artis Tu!” – Respon Zed Zaidi Isu Artis Lelaki Popular Terlibat Kes Amang Seksual

Ohmedia remaja perempuan oku lembam dirogol

Trending

“Tak Sangka Dia Artis Tu!” – Respon Zed Zaidi Isu Artis Lelaki Popular Terlibat Kes Amang Seksual

Zed Zaidi terkejut artis popular dikaitkan dengan kes amang seksual remaja. Namun ingatkan semua jangan terus menghukum!

Hangat di media sosial mengenai isu seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular terlibat dalam kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, perkara itu juga telah buatkan ramai terkejut termasuklah Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.

Memang saya sangat terkejut dan kita tidak sangka dia yang terbabit. Tapi, itulah dunia sekarang ini, kita tak boleh jangka.

Namun begitu, Zed mengingatkan bahawa individu tersebut masih belum didapati bersalah, dan proses siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

IKLAN

Artis perlu lebih berhati-hati

Rogol

Zed turut memberi nasihat tegas kepada para artis agar lebih berhati-hati dalam menjaga tingkah laku, terutamanya apabila melibatkan individu bawah umur dan kanak-kanak.

Kalau membabitkan gangguan seksual dan cabul terhadap kanak-kanak serta bawah umur memang sangat serius.

Beliau juga menekankan kepentingan menjaga perilaku di media sosial, kerana dunia hari ini berbeza berbanding dahulu di mana sebarang tindakan boleh tular dalam sekelip mata dan menjejaskan reputasi.

Jangan terus menghukum sebelum dihukum

Zed turut mengingatkan masyarakat agar tidak cepat menjatuhkan hukuman terhadap mana-mana artis yang masih dalam siasatan.

Dia baru didakwa dan belum lagi bersalah, kita tak boleh terus menuduh.

Tambah beliau, hanya selepas mahkamah membuat keputusan barulah pihak Seniman akan mengambil tindakan sewajarnya.

Pssttt! Jangan cepat melatah dan menuduh sebelum mahkamah menentukan. Dalam dunia serba pantas ini, integriti dan kebijaksanaan jadi benteng utama, terutamanya buat artis yang sentiasa diperhati masyarakat.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas