Connect with us

Oh! Media

“Tak Pernah Insaf” – Sebulan Dibebaskan Dari Penjara, Seorang Lelaki Kembali Diberkas

Trending

“Tak Pernah Insaf” – Sebulan Dibebaskan Dari Penjara, Seorang Lelaki Kembali Diberkas

Pemenjaraan adalah salah satu bentuk hukuman yang ditetapkan bagi menahan seseorang individu setelah didapati melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Dirogol Dan Disamun Ketika Tidur Di Asrama Tempat Kerja

Peranan utama hukuman tersebut dijalankan adalah bagi memberikan keinsafan kepada si pesalah serta meninggalkan kegiatan jenayah lampau mereka.

Namun, masih terdapat lagi individu yang pernah dipenjara sebelum ini namun apabila dibebaskan, mereka kembali melakukan kegiatan lama tanpa mengenal erti penyesalan.

Seorang bekas banduan kembali diberkas, terlibat dalam kegiatan ragut

Bagaimanapun, perkara sama turut berlaku kepada seorang lelaki apabila dia kembali diberkas polis selepas dibebaskan sebulan yang lalu.

Hal itu selepas dia terbabit dalam kegiatan jenayah samun di Kampung Ana, Tumpat, selepas seorang wanita menjadi mangsa aktiviti jenayah mereka.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian, lelaki tersebut melakukan kegiatan itu bersama seorang rakannya dengan menaiki sebuah motosikal.

Walaupun tidak kelihatan kejadian itu, namun menurut sumber, kedua-dua suspek telah menahan wanita yang menunggang motosikal ketika melalui sebuah lorong di lokasi kejadian.

Polis dedah situasi semasa kejadian

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, wanita berusia 43 tahun itu secara tiba-tiba didatangi oleh dua lelaki tersebut sebelum menghalang laluannya.

Suspek kemudian mengacukan pisau kepadanya serta menarik seutas gelang tangan emas yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

Anggaran kerugian yang dialami mangsa kira-kira RM7,000 dan wanita itu tampil membuat laporan di Balai Polis Chabang Empat.

Kejadian samun itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada sebuah rumah di sekitar lokasi kejadian.

Berjaya tahan suspek, seorang masih diburu

Berhubung dengan kejadian itu, pihak polis telah berjaya menahan seorang suspek berusia 32 tahun di Wakaf Bharu, pagi semalam.

Hasil semakan, suspek memiliki 17 rekod jenayah lampau yang membabitkan kes jenayah serta dadah, dan ujian saringan mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine.

Kata Ab Rashid, suspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam sehingga 26 November untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek yang terlepas masih diburu dan pihak polis sedang giat mengesannya.

Kredit: Facebook Abe Jebat I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas