Connect with us

Oh! Media

Wanita Dirogol Dan Disamun Ketika Tidur Di Asrama Tempat Kerja

Dirogol

Oh! Tidak

Wanita Dirogol Dan Disamun Ketika Tidur Di Asrama Tempat Kerja

Seorang pekerja wanita dirogol lelaki tidak dikenali yang menceroboh dalam bilik asramanya. Detik hitam ini dialami oleh wanita warga asing itu di sebuah rumah teres di Perai, Bukit Mertajam kelmarin.

ADVERTISEMENT

BACA : Anak OKU Kerap Dirogol Bapa Kandung Selepas Seminggu Kematian Ibu Tiri

Menurut laporan Harian Metro, bukan setakat merogol, suspek juga telah melarikan wang tunai RM200 milik mangsa dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad.

Mangsa pada awalnya terkejut dengan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali yang terus meletakkan objek tajam dilehernya ketika dia sedang tidur. 

Lelaki itu seterusnya merogol mangsa dan mengambil wang milik mangsa berjumlah RM200.

Mangsa tidur di bilik tingkat atas dalam keadaan pintu berkunci, tetapi suspek dipercayai masuk ke dalam rumah dengan mengumpil pintu hadapan bilik mangsa.

Walaubagaimanapun, mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan lanjut selepas dia membuat laporan polis. Kemudia, polis menahan dua orang warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Mereka direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top