Oh! Artis
“Tak Pernah Berhutang…” – Kawan Rapat Dedah Che Ta Tak Pernah Berhutang
Selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta, kekal tenang walaupun isu hutang hampir RM1 juta dengan MARA hangat diperkatakan.
Baru-baru ini, kediaman beliau diserbu pihak MARA atas kegagalan melunaskan pinjaman tersebut, namun Che Ta memilih untuk terus fokus menjual pakaian terpakai secara langsung di TikTok.
Rakan solekan dedah kebaikan Che Ta…

Seorang individu yang pernah bekerja rapat dengan Che Ta mendedahkan bahawa pelakon ini tidak pernah berhutang ketika mendapatkan khidmat solekan.
Malah, individu tersebut menyifatkan Che Ta sebagai seorang yang bertanggungjawab dan akan membayar hutang jika ada kesilapan.

Beliau turut meminta netizen untuk tidak terus mengkritik Che Ta yang sedang berusaha mencari rezeki melalui jualan pakaian terpakai.
BACA: Terkini! Rumah Che Ta Diserbu, Didakwa Tidak Bayar Hutang MARA Berjumlah RM1 Juta
Che Ta tetap positif walau dikecam

Dalam sesi siaran langsung di TikTok, Che Ta dilihat langsung tidak melayan soalan berkaitan isu hutang dengan MARA. Sebaliknya, beliau kekal fokus menjual pakaian terpakai milik dirinya dan ahli keluarganya.
Sesi jualan tersebut berlangsung dari jam 9 malam hingga tengah malam, dan Che Ta memberitahu tujuan utama beliau menjual pakaian tersebut adalah untuk mengosongkan rak premis miliknya.
#OhmediaNasihat
Kita boleh belajar banyak dari sikap Che Ta yang tetap tenang walaupun dikecam. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, dan usaha yang ikhlas pasti akan membuahkan hasil.
Jangan cepat menghakimi seseorang hanya kerana kita tidak tahu situasi sebenar yang dihadapinya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM