Connect with us

Oh! Media

saarani

Trending

Tak Perlu Kuarantin Mulai 1 Mac, Saarani Harap Pelancong Tak Bawa ‘Virus’

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merayu agar pelancong dari luar Malaysia tidak membawa balik virus Covid-19 ke negara ini.

BACA: Sekatan Longgar Menjelang 1 Mac, Dah Tak Perlu Tunjuk Sijil Vaksin Untuk Masuk Premis?

IKLAN

Menerusi laporan Awani, Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah bersetuju untuk Malaysia membuka sempadan sepenuhnya tanpa perlu kuarantin wajib bermula 1 Mac depan.

Bawa tomyam boleh, jangan bawa Covid

saarani

Kalau dia (warga Thailand) nak datang balik (ke Malaysia), dia kena bawa tomyam saja, jangan pula dia bawa dengan COVID-COVID sekali, bawa tomyam sudah.

Itulah yang dikatakan oleh Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak apabila mendengar pengumuman pembukaan sepenuhnya sempadan negara tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.

Beliau berharap dengan kenaikan kes di Malaysia, prosedur operasi standard (SOP) dapat dipantau dengan lebih ketat.

Perak ni sempadan kita dengan Thailand sahaja di Pengkalan Hulu. Dan itu adalah cadangan dan keputusan oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Kita pun tiada halangan bab itu sebab ia dikatakan sebahagian daripada kaedah dan cara untuk memulihkan ekonomi.

Tetapi saya tengok tadi 17 ribu lebih kes. Kita tak tahu dari Thailand ini berapa banyak pula.

Pembukaan semula sempadan ini tidak dinafikan dapat membantu memulihkan ekonomi negara, namun kita harus berwaspada dan SOP harus dipatuhi dengan ketat agar tidak membawa padah kepada rakyat Malaysia, terutama penduduk Perak.

Bila warga Thailand ni balik semula ke sini, ada la pertumbuhan ekonomi kepada Perak. Tapi kontra macam saya kata tadi.

Kalau nak buka sempadan, dia punya SOP must very very tight (betul-betul ketat) dan dipatuhi kerana nanti yang jadi mangsa ialah rakyat Malaysia, khususnya Perak.

Semoga pembukaan sempadan tanpa kuarantin wajib ini tidak memudaratkan rakyat Malaysia.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas