Connect with us

Oh! Media

Tak Pakai Pelitup Muka Sebenar, Wanita Buka Pakaian Untuk Letak Di Muka Sebelum Masuk Kedai

7d1fdc65 5dd8 42cc a231 8ad031fc652f

Trending

Tak Pakai Pelitup Muka Sebenar, Wanita Buka Pakaian Untuk Letak Di Muka Sebelum Masuk Kedai

Memakai pelitup muka apabila keluar di tempat awam merupakan perkara wajib ketika ini bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekaligus dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda.

BACA : Tampar Warga Emas, ‘Karen’ Ditahan Kru Pesawat

Menerusi laporan daripada Daily Star, terdapat satu rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai menunjukkan seorang wanita menanggalkan pakaian untuk menjadikanya pelitup muka sebelum memasuki ke dalam kedai berkenaan.

IKLAN

Kejadian itu telah mengejutkan pelanggan di sana dan ianya dikatakan berlaku pada malam Sabtu lepas di sebuah kedai di Mendoza, Argentina.

Dihalau kakitangan premis

5fe2b422 3e28 4369 81c2 c89d58f15cef

Walaupun cuba berusaha untuk menjadikan pakaiannya sebagai pelitup muka, kakitangan di premis itu mengarahkan supaya wanita berkenaan keluar daripada premis dan memakai pelitup muka yang sebetulnya.

Betul juga tu, kalau nak dibandingkan pakaian dengan pelitup muka kan tak sama dan mungkin ianya berisiko untuk dijangkiti wabak. Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kita semua dapat memutuskan rantaian wabak ini.

Kredit: Daily Star

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas