Connect with us

Oh! Media

“Tak Masuk Akal, Benda Sakit Bukan Boleh Buat-Buat” – Anak Zahid Hamidi

cover photo om 1200 x 675 70

Trending

“Tak Masuk Akal, Benda Sakit Bukan Boleh Buat-Buat” – Anak Zahid Hamidi

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikhabarkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam bagi menjalani prosedur pembedahan. Perkara tersebut disahkan anaknya, Datuk Nurul Hidayah menerusi beberapa hantaran di Instagram.

BACA: Agong Lantik Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Dalam hantaran tersebut, Nurul turut menafikan tuduhan bapanya sedang berehat di hospital untuk mengelakkan hadir prosiding kes di mahkamah. Nurul menegaskan fitnah yang tersebar itu tidak masuk akal sama sekali.

IKLAN

Menurut Nurul lagi, dia tergerak hati untuk merakam video secara sembunyi ketika bapa ditolak masuk ke bilik pembedahan. Ini boleh dijadikan bukti kepada umum sekiranya diperlukan. Malah Nurul adalah orang yang bertanggungjawab menunggu dan menjaga bapa sepanjang di hospital.

Dalam hantaran lain, Nurul berkongsi keadaan bapanya yang sudah selamat menjalani pembedahan. Sebagai seorang anak, dia berdoa pengakhiran yang baik dan mulia buat kedua ibu bapanya. Dia turut memohon supaya Allah SWT memberi kesembuhan.

Di kesempatan itu, dia berterima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri di atas ingatan tulus ikhlas melawat bapa, Zahid Hamidi di hospital.

Kredit: Instagram Nurulhidayah Ahmad Zahid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas