Connect with us

Oh! Media

Bukit Aman Kerah 32 Pasukan Kesan Kegiatan Gengster PRN Melaka

bukit aman

Trending

Bukit Aman Kerah 32 Pasukan Kesan Kegiatan Gengster PRN Melaka

32 Pasukan Cantas Khas telah dikerahkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi mengesan dan menggagalkan sebarang aktiviti gengterisme atau samseng yang di lakukan oleh mana-mana pihak, sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

ADVERTISEMENT

BACA: SOP Larangan Fizikal Semasa PRN Melaka Cetus Pertikaian Orang Politik

Menurut Utusan, seramai 238 pegawai dan anggota terlibat dalam membanteras aktiviti ini, termasuk 128 dari Bukit Aman dan 110 kakitangan dari kontinjen negeri seluruh negara.

Menganggu perjalanan PRN Melaka

bukit aman
Sidang Akhbar di IPK Melaka (Foto: Utusan)

Menurut Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, gerakan pasukan ini ditubuhkan bagi mencantas mana-mana cubaan gengsterisme sama ada individu ataupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengganggu perjalanan PRN Melaka. 

Walaupun berdasarkan maklumat setakat ini, tiada unsur-unsur sedemikian diperoleh, polis tidak mengambil mudah suasana tenang ini sehingga selepas proses pilihan raya.

Gerakan ini pernah dilakukan pada 2011, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang, Johor dan ia merupakan gerakan yang sangat berkesan untuk membanteras awal elemen-elemen gengsterisme dalam pilihan raya.

Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh pasukan Bukit Aman ini dapat membantu membanteras mereka yang mempunyai khasrat untuk merosakkan kempen Pilihan Raya Negeri di Melaka kelak.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas