Tular di media sosial sebuah video yang dimuat naik di TikTok @ezangalus0, bekas suaminya dikatakan ‘gila talak’ kerana mengganggu dirinya dating walaupun sudah hampir setahun bercerai.
BACA: Dituduh Duda ‘Playboy’, Azri Iskandar Nafi Dakwaan Wanita ‘F’ Dan Akui Hanya Mahu Kahwin Dengan Dr. Azra
Wanita tersebut mengadu bekas suaminya itu datang mengganggunya dan meroyan seperti seseorang yang gila talak.
Dalam video yang tular tu, korang boleh tengok sendiri si duda bergaduh tak puas hati dengan ‘kawan lelaki’ bekas isterinya dan berbalah mengenai kereta yang dinaiki.
Namun, pemilik video tersebut yang merupakan bekas isteri si duda memaklumkan bahawa kereta yang dinaiki itu merupakan hak miliknya.
Wanita tersebut mengatakan bahawa dia dan bekas suaminya sudah hampir setahun bercerai. Mungkin dia berkelakuan begitu kerana tak boleh move on.
Namun, kita tidak tahu kesahihan cerita sebenar sama ada siapa sebenarnya yang salah.
Netizen yang menonton video tersebut ada yang mengingatkan bahawa penceraian bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main.
Jika si suami belum terima dan redha dengan keputusan yang dibuat, inilah kejadian yang akan berlaku selepas penceraian.
Masa ada tak nak hargai
Bahaya lafaz talak bukan pada hati
Jangan mudah jatuhkan talak
Kredit: @ezangalus0
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media