Connect with us

Oh! Media

“Tak Benar, Dibuat Dengan Niat Jahat” – Nurulhidayah Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Nurulhidayah 2

Trending

“Tak Benar, Dibuat Dengan Niat Jahat” – Nurulhidayah Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah menerusi peguam menafikan dakwaan dia dilantik sebagai pengerusi MQ Technology Bhd (MQ Tech) selepas bapanya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

BACA:Hidayah Ahmad Zahid Dilantik Sebagai Pengerusi MQ Tech

Menurut kenyataan Peguambela dan Peguamcara Tetuan Abu Talib Shahrom, anak guamnya telah mengenal pasti beberapa posting media sosial dan individu yang membuat berita palsu mengenai perkara tersebut.

IKLAN

Berita palsu

Pihaknya tak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika posting yang dibuat tak ditarik balik dalam masa 3 hari daripada notis itu.

Berita yang tular bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melantik anakguam kami sebagai Pengerusi MQ Tech setelah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah TIDAK BENAR DAN DIBUAT DENGAN NIAT JAHAT kerana Kerajaan Malaysia tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam MQ Tech.

Jelas peguam lagi, MQ Tech adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 2004 dan pelantikan Nurul Hidayah di dalam MQ Tech adalah sejak Jun 2022.

Terdahulu, Nurulhidayah mengingatkan semua pihak supaya mendapatkan kepastian sebelum menyebarkan sebarang berita untuk mengelakkan diri daripada turut menjadi ‘kluster mahkamah’.

Kredit: Instagram Nurulhidayah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas