Connect with us

Oh! Media

Hidayah Ahmad Zahid Dilantik Sebagai Pengerusi MQ Tech 

Oh! Tidak

Hidayah Ahmad Zahid Dilantik Sebagai Pengerusi MQ Tech 

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang merupakan anak kepada timbalan Perdana Menteri telah dilantik sebagai pengerusi MQ Technology Bhd (MQ Tech). 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Astro Awani, jawatan tertinggi syarikat yang ditawarkan kepada Hidayah akan berkuat kuasa pada 5 Disember tahun ini.  

Pengerusi MQ Tech kini, Datuk Lim Char Boo akan menjadi Naib Pengerusi pada tarikh yang sama dan perkara ini dimaklumkan sendiri syarikat tersebut kepada Bursa Malaysia.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Hidayah pernah memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dalam syarikat itu pada 2 Jun lepas.

Bukan tu jer, dia yang memegang ijazah komunikasi dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Lincoln University College juga mempunyai pengalaman sebagai Naib Presiden Komunikasi Korporat (Pengurus Besar) di Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dari Disember 2012 hingga April 2016.

MQ Tech adalah syarikat yang terbabit dalam perniagaan perkakasan dan prototaip, yang membangunkan acuan, alatan, jig serta lekapan yang digunakan dalam pembuatan pemacu cakera keras, industri automotif dan perubatan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas