Connect with us

Oh! Media

Nyanyian Bella Astillah Dikritik, Didi Astillah Tampil Beri Kata-Kata Semangat

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 25t083421593

Trending

Nyanyian Bella Astillah Dikritik, Didi Astillah Tampil Beri Kata-Kata Semangat

Penyanyi Bella Astillah baru-baru ini menerima tempias kecaman netizen selepas Stacy umum tarik diri daripada konsert Sumandak Stars.

Netizen mempertikaikan wajah Bella yang lebih menonjol di poster sedangkan suaranya biasa-biasa sahaja.

Hantaran Instagram Didi Astillah Beri Kata-Kata Semangat

Terbaru, tular pula video nyanyian Bella yang menurut netizen sumbang dan kurang sedap.

IKLAN

Susulan itu, adik kepada Bella, Didi Astillah telah memberi kata-kata semangat kepada kakaknya menerusi satu hantaran di Instagram.

Sumber kekuatan kaklong untuk selalu bertahan dengan perjuangannya, Ara dan Ayden. Mereka selalu bangga dengan mummy mereka tak kira apa sekalipun. Mereka adalah penyokong terbesar dalam hidup Kak Long.

Yang kenal dan rapat dengan Kak Long tahu macam mana dirinya yang sebenar. Adik tahu selagi ada kudrat Kak Long di dunia ni. Kak Long nak besarkan Ara dan Ayden dalam keadaan sihat dan bahagia.

Ujarnya lagi, tidak mudah untuk kakaknya yang juga merupakan ibu tunggal untuk terus kuat. Namun dengan adanya keluarga, kawan-kawan dan anak-anak mereka akan sentiasa memberi semangat kepadanya.

Mungkin bukan mudah untuk ibu tunggal macam Kak Long untuk sentiasa kuat dalam hadapi apa-apa ujian, tapi keluarga, kawan-kawan dan anak-anak Kak Long akan sentiasa memberi semangat untuk Kak Long sentiasa maju ke depan.

Teruskan apa sahaja usahamu Kak Long untuk mencari rezeki buat anak-anakmu. Semoga rezekimu selalu dilancarkan.

Didi juga mendoakan agar segala urusan kakaknya itu dipermudahkan, dan dia juga mengharapkan Bella untuk terus semangat dalam menghadapi segala ujian.

#OhMediaNasihat

Kita sebagai manusia mestilah menjaga percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain dan mungkin boleh memberi kesan kepada kesihatan mental mereka. Kepada keluarga dan rakan-rakan sentiasalah memberi sokongan dan semangat kepada ahli keluarga yang memerlukan.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 25t083421593

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram @didiangelastillah


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas