Connect with us

Oh! Media

Syarikat Pengurusan Ismail Izzani Mahu Saman Pihak Tuduh Dirinya Hamilkan Wanita

Ohmedia ismail Izzani

Trending

Syarikat Pengurusan Ismail Izzani Mahu Saman Pihak Tuduh Dirinya Hamilkan Wanita

Baru-baru ini, penyanyi Ismail Izzani berdepan dengan tuduhan iaitu menghamilkan anak gadis yang didakwa oleh warga netizen.

Memandang serius perkara ini, syarikat pengurusan Ismail Izzani, World Peace Entertainment Sdn Bhd akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduh artis naungan mereka itu menghamilkan seorang wanita.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan juga menegaskan bahawa penyanyi itu tiada kaitan langsung dengan isu kehamilan seorang gadis yang tular sejak semalam.

IKLAN

Kami memandang serius perkara in dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terus mengaitkan Ismail Izzani dengan hantaran tersebut.

Kami berharap fitnah ini dihentikan serta merta dan semoga pemilik akaun TikTok itu dapat menemui jalan penyelesaian sekiranya benar dirinya teraniya seperti yang dinyatakan.

Namun begitu, World Peace Entertainment sudah mengetahui tentang spekulasi yang tersebar dan melibatkan artis naungan mereka sejak semalam.

Whatsapp image 2023 06 08 at 151609

Pihak kami ambil maklum mengenai satu isu yang sedang tular sejak dari semalam (Rabu, 7 Jun 2023).

Sebuah hantaran yang dilakukan pemilik akaun TikTok @HatiBushuk dan @shrimpippy8621p mengenai dirinya yang sedang hamil.

Dan di ruangan komen, nama artis di bawah naungan kami iaitu Ismail Izzani telah dikaitkan tanpa bukti yang munasabah.

Malah, gadis itu juga sudah menafikan bahawa artis itu bukanlah Ismail Izzani seperti yang dimaksudkan.

Photo1686288512

Setelah meneliti ruangan komen, pemilik akaun TikTok tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa Ismail Izzani bukanlah artis yang dimaksudkan.

Difahamkan, merujuk daripada jawapan yang ditinggalkan dalam TikTok @HatiBushuk iaitu pemilik akaun berkenaan bagaimanapun mengesahkan perbuatan terkutuk itu adalah penyanyi, Ismail Izzani.

Bukan Ismail Izzani.

Jawapan itu ditulis oleh gadis berkenaan dan berkata akan menutup akaun TikTok miliknya, selain menegaskan kekecohan tentang kehamilannya adalah tidak benar.

Bukan itu sahaja, warga netizen juga mendakwa bahawa gadis tersebut membuat pusingan ‘u’ kerana telah diugut pihak tertentu.

BACA: Individu Dakwa Artis Hamilkan Dirinya Dan Dipaksa Gugurkan Kandungan Undur Diri

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas