Trending
Suspek Serangan Balai Polis Ditembak Mati, Disahkan Anggota Kumpulan Jemaah Islamiyah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam laporan Harian Metro mengesahkan suspek kes serangan bersenjata di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.
BACA: Dua Anggota Polis Maut, Seorang Cedera Parah Diserang Lelaki Bertopeng Di Balai Polis Ulu Tiram
Tambah beliau lagi, hasil siasatan mendapati suspek merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI). Kini, pihak polis masih menyiasat motif utama serangan dan apa agenda JI yang sebenarnya.
Maklumat diperoleh selepas pihak polis menyerbu rumah suspek yang berumur 21 tahun itu. Di rumah suspek, turut mempunyai beberapa info berkenaan kumpulan JI selain banyak ayat al-Quran yang ditampal di dinding.
Bapa suspek berusia 62 tahun turut dikenal pasti sebagai anggota JI.
Setakat ini, pihak polis telah menahan kesemua lima ahli keluarga suspek yang dipercayai anggota JI. Mereka yang berusia antara 19 hingga 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Serangan yang dibuat suspek pada awal pagi Jumaat menyebabkan dua anggota polis yang bertugas terbunuh.
Al-fatihah dan salam takziah kepada keluarga mangsa.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM