Connect with us

Oh! Media

Susah Nak Jumpa Wanita Idaman, Lelaki Iklankan Diri Pada ‘Billboard’ Untuk Cari Jodoh!

billboard

Trending

Susah Nak Jumpa Wanita Idaman, Lelaki Iklankan Diri Pada ‘Billboard’ Untuk Cari Jodoh!

Susah sangat nak jumpa wanita idaman, seorang lelaki bujang membuat keputusan meletakkan gambarnya pada papan iklan billboard di seluruh Birmingham untuk cari jodoh.

ADVERTISEMENT

BACA: “Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini” – Fizi Ali, Shakilla Koriri Berpisah

Menerusi laporan Utusan, lelaki tersebut yang bernama Muhammad Malik, berumur 29 tahun itu bukan sahaja mengiklankan dirinya di billboard, tetapi membuat satu laman web ‘findmalikwife.com’ untuk mencari jodoh.

Letak muka di billboard agar orang boleh nampak

‘Selamatkan saya daripada perkahwinan yang dirancang’ merupakan kata-kata yang tertulis pada papan iklan yang diletakkan gambar wajah Muhammad di Birmingham.

Dengan usaha ini, Muhammad berharap dia dapat bertemu dengan wanita idamannya.

Saya cuma belum bertemu dengan wanita idaman dan perkara itu agak sukar.

Sehubungan itu, saya membuat keputusan untuk meletakkan wajah saya pada papan iklan billboard agar semua orang boleh nampak saya.

Muhammad yang berasal dari London telah menjadikan Birmingham sebagai rumah keduanya kerana memiliki pelbagai kemudahan seperti masjid yang baik.

Ciri-ciri wanita idaman Muhammad ialah seorang gadis berusia 20-an dan bergama Islam. Muhammad mengatakan bahawa dia bukannya menolak perkahwinan yang diaturkan keluarga, tetapi dia lebih selesa untuk mencari sendiri teman hidupnya.

Saya tidak kisah etnik wanita itu, asalkan dia beragama Islam.

Saya sanggup mengambil pendekatan ini kerana saya serius mencari calon isteri, selain kaedah lain tidak mendatangkan hasil.

Haha sampai macam ni sekali ye orang nak cari jodoh. Semoga urusan Muhammad dipermudahkan dan dipertemukan dengan seorang wanita yang sesuai dengan dirinya. So korang kalau nak cari jodoh, bolehlah cuba buat macam Muhammad ok! Hehe.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas