Connect with us

Oh! Media

“Susah Nak Dapat” – Lelaki Ini Serah Minyak Masak Sebagai ‘Mas Kahwin!’

Article 2 24 2

Trending

“Susah Nak Dapat” – Lelaki Ini Serah Minyak Masak Sebagai ‘Mas Kahwin!’

Mas kahwin atau disebut sebagai mahar adalah satu pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya untuk sebuah pernikahan.

Mas kahwin ini adalah hak isteri yang tidak boleh diambil oleh mana-mana pihak, termasuk suami kecuali dengan keizinannya.

BACA: Kahwini Jejaka Australia, Wanita Indonesia Terima Mas Kahwin RM1.5 Juta

IKLAN

Mas kahwin merupakan pemberian yang bernilai, seperti wang tunai, Al Quran ataupun barang kemas untuk dijadikan sebagai kenangan perkahwinan.

Minyak masak sebagai mas kahwin

Screenshot 2022 02 24 at 105823 am

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan pengantin di Ponorogo, Jawa Timur Surabaya Indonesia telah memilih minyak masak sebagai mas kahwin.

Supadi dan Sumariati telah melangsungkan akad nikah di rumah pengantin perempuan, di Desa Suru.

Mecky Hasan Tachtarudin, Ketua Pejabat Agama Sooko, telah mengesahkan mas kahwin yang diterima pengantin perempuan pada Selasa lalu.

Minyak masak dipilih sebagai mas kahwin kerana pengantin lelaki mengatakan ianya sukar didapati di pasaran buat masa ini dan merupakan keperluan dalam rumah tangga.

Minyak masak sangat diperlukan dan ia barangan biasa yang besar manfaatnya.

Bukan saja minyak masak, pengantin perempuan juga menerima mas kahwin berbentuk wang tunai berjumlah satu juta rupiah, iaitu RM291.

Majlis pernikahan berjalan dengan lancar dan pengantin wanita terima mas kahwin tersebut dengan hati yang terbuka.

Fuhh, ni sesuatu yang luar biasa sebab belum pernah lagi dengar orang bagi minyak masak sebagai mas kahwin kan? Hahah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas