Connect with us

Oh! Media

Suruh Pekerja ‘Test’ Dulu Sebelum Jual, Syahmi Sazli Nafi Tak Jaga Kualiti Air Balang Lepas Viral

Trending

Suruh Pekerja ‘Test’ Dulu Sebelum Jual, Syahmi Sazli Nafi Tak Jaga Kualiti Air Balang Lepas Viral

Siapa tak kenal dengan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli yang kini menceburi bidang perniagaan. Antara bisnes yang mendapat permintaan ramai adalah air balang aiskrim viral yang dijualnya semasa bulan Ramadan baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: 3 Minggu Niaga, Pulangan Bersih Air Balang Cecah RM60k! Syahmi Sazli Beri Tips Murah Rezeki

Kalau tengok, memang ramai yang beratur dan Syahmi sendiri mendedahkan dia meraih sehingga RM60,000 pulangan bersih selama tiga minggu berniaga di bulan Ramadan. Hebat!

Tak berhenti di situ, Youtuber kelahiran Kelantan ini meneruskan perniagaan air balang itu dan kini ianya dibotolkan pula.

Terbaru, Syahmi tampil memberi respon kepada review seorang pelanggan mengenai air yang dijualnya. Pertama sekali menurut Syahmi, pihaknya setakat ini tidak membuka order kepada runner atau reseller.

Air ni kena minum fresh. Kalau nak simpan, kena dalam freezer, tak boleh dalam peti. Jadi, ada kemungkinan reseller tidak jual dengan segera, diorang kumpul order dulu dan boleh jadi 2,3 hari baru jual. Bila 2,3 hari air tu tidak disimpan dalam freezer, ia dah tidak sama dengan rasa asal. Yang mana cakap kami dah tak jaga kualiti bila dah viral, itu salah. Setiap kali sebelum nak start jual, Mi suruh pekerja test dulu rasa adakah masih sama. Terima kasih.

Jika ada runner yang ambil pesanan dan mengenakan caj tertentu, ianya adalah daripada individu itu sendiri bukannya pihak Syahmi Sazli. Tambahnya lagi, air balang yang dijualnya hendaklah diminum ‘fresh’ dan jika disimpan ianya hendaklah diletakkan dalam freezer.

Katanya lagi, sebelum jual dia akan pastikan pekerja rasa dahulu untuk mengekalkan kualiti air yang dijualnya.

Penjelasan penuh

@syahmi_sazli

♬ original sound – Syahmi Sazli

Kredit: Syahmi Sazli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas