Connect with us

Oh! Media

3 Minggu Niaga, Pulangan Bersih Air Balang Cecah RM60k! Syahmi Sazli Beri Tips Murah Rezeki

Oh! Inspirasi

3 Minggu Niaga, Pulangan Bersih Air Balang Cecah RM60k! Syahmi Sazli Beri Tips Murah Rezeki

Siapa je tak kenal dengan Youtuber dari Kelantan iaitu Syahmi Sazli yang popular dengan drama spontan yang mengangkat orang kelainan upaya (OKU) sebagai pelakon.

ADVERTISEMENT

BACA: “Banyok Pengorbanan Mi” – Ucapan Asif Buat Syahmi Sazli, Tak Sangka Menang Anugerah

Dalam bulan Ramadan baru-baru ini, Syahmi tak hanya duduk diam dan menjalankan perniagaan air balang aiskrim viral.

Dalam satu hantaran di Facebook, Youtuber ini berkata pulangan bersih perniagaan selama tiga minggu mencecah sehingga RM60,000. Hebat!

Syahmi turut menjawab kritikan sesetengah orang mendakwa perniagaan air balangnya ‘laku keras’ disebabkan dirinya sudah dikenali ramai.

1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”

– Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dengan isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.

2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”

– Kalau mcm tu, Shopee pun Mi kena tutup jugak sebab alasan tu. Youtube pun Mi dah tak boleh buat sebab “kesian dekat Youtuber baru, takde orang nak tengok”.

Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yang nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..

Pasti ramai yang nak tahu apa amalan anak muda ni sampai rezeki dia melimpah ruah kan? Menurut Syahmi, dia menghapuskan dosa-dosa dengan cara beristighfar. Katanya, berkemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita yang lalu.

Selain berzikir, dia juga perbanyakkan doa dan antara waktu mustajab adalah ketika sujud. Baca perkongsian penuh di bawah ini;

Kredit: Facebook Syahmi Sazli Production

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas