Oh! Negara
Sultan Pahang Tetapkan Waktu Bekerja Tamat Awal Setiap Jumaat Sepanjang Ramadan
Berita baik buat penjawat awam di Pahang apabila Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menetapkan waktu bekerja setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan tamat lebih awal, iaitu pada jam 12.30 tengah hari.
Beri masa kepada penjawat awam bersama keluarga

Menurut titah baginda, keputusan ini bertujuan untuk menghormati hari jumaat sebagai penghulu segala hari dan memberi lebih masa kepada penjawat awam untuk bersama keluarga.
Keputusan dan kemudahan yang diberikan ini untuk memberi peluang kepada penjawat-penjawat awam memanfaatkan lebih masa bersama keluarga di bulan Ramadhan disamping memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari.
Saya berharap semua akan menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Jangan siapa-siapa ponteng pula.
Diluluskan dalam mesyuarat Kerajaan Negeri

Untuk pengetahuan korang, Keputusan ini juga telah dipersetujui dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 5 Februari lalu.
Titah tersebut disampaikan oleh baginda ketika Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur kali ke-68 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada Khamis.
#ApaKataOhmedia
Keputusan ini dapat memberi penjawat awam lebih masa bersama keluarga dan memanfaatkan hari jumaat dengan lebih.
Harap Negeri lain juga mengikuti jejak langkah dari Kerajaan Pahang.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM