Connect with us

Oh! Media

Sultan Selangor Titah Hukuman Berat Buat Pemandu Dan Syarikat Jika Didapati Bersalah Jadi Punca 9 Anggota FRU Maut

Ohmedia kemalangan anggota fru

Trending

Sultan Selangor Titah Hukuman Berat Buat Pemandu Dan Syarikat Jika Didapati Bersalah Jadi Punca 9 Anggota FRU Maut

Tragedi menyayat hati melibatkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan di Teluk Intan nyata mengundang dukacita Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.

Menurut laporan Harian Metro, baginda berdua menzahirkan ucapan takziah dan berharap ahli keluarga mangsa tabah menghadapi kehilangan insan tersayang dan perkara ini dikongsikan menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook Selangor Royal Office

“Kerajaan wajar ambil langkah serius!” – Sultan Selangor

Fru

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa kesal kerana tragedi seperti ini berulang kali berlaku, terutamanya membabitkan kenderaan berat.

IKLAN

Jika terbukti bersalah, pemandu dan syarikat terlibat perlu dikenakan hukuman tegas termasuk tarik balik lesen memandu.

Baginda menggesa supaya tindakan lebih berani diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pemandu agar lebih bertanggungjawab di jalan raya.

Syarikat pengangkutan tak boleh lagi ‘lepas tangan’

Ohmedia penduduk dakwa pemandu lori kejar trip

Sultan Selangor turut mengingatkan syarikat lori, bas dan kenderaan berat agar lebih berdisiplin dalam pemilihan pemandu dan penjagaan kenderaan.

Jangan tutup sebelah mata terhadap kondisi kenderaan dan kelayakan pemandu. Ini soal nyawa!

Pssttt! Jangan tunggu tragedi sebelum bertindak. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Nyawa manusia tak patut jadi taruhan kecuaian!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas