
Trending
“Sudah Viral Baru Dibaiki”- Netizen Simpati Lihat Wanita OKU Terpaksa Diangkat Turun Tangga Kerana Lift Rosak
Oleh
Viral di Twitter satu hantaran seorang pengguna yang luahkan rasa kecewa tentang seorang wanita berkerusi roda terpaksa berdepan situasi sukar gara-gara kemudahan lift yang tidak berfungsi.
Wanita itu dilihat terpaksa meminta pertolongan polis bantuan untuk turun menggunakan tangga daripada stesen. Kejadian ini dipercayai berlaku di KTM Seremban.
Anggota polis bantuan kemudian telah mengangkat wanita berkerusi roda itu untuk turun daripada tangga dengan berhati-hati.
Terima kasih kepada polis bantuan KTMB SEREMBAN. Kalau tak ada dorang memang melopong jela.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat 3.6K ciap semula, 3.5K tanda suka, dan 170 balas di laman Twitter.
Dari nak awal jadi lambat sebab kemudahan lift rosak. Terpaksalah minta bantuan polis bantuan , terima kasih kepada polis bantuan KTMB SEREMBAN. Kalau takde dorang memang melopong jela. I hope pihak @ktm_berhad bole fix kan masalah lift ni dengan cepat ya pic.twitter.com/emejDnEEzj
— idontknowsodontaskme (@ashneko02) June 27, 2022
Susulan kejadian itu, pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah turun ke lokasi berkenaan untuk membaiki lift dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Kredit: Twitter
