Connect with us

Oh! Media

“Sudah Tiba Masanya Guna Jurulatih Import” – Penganalisis Sukan

Trending

“Sudah Tiba Masanya Guna Jurulatih Import” – Penganalisis Sukan

Baru-baru ini, rakyat Malaysia terpaksa menelan pahit kekalahan apabila skuad Harimau Malaya tersingkir dari kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 selepas tewas kepada negara jiran, Indonesia dengan skor 4-1.

ADVERTISEMENT

BACA: Dituduh Dapat ‘Layanan Istimewa’, Penyokong Indonesia Serang Instagram Safawi Rasid

Walaupun gah menjaringkan gol awal, namun semangat juang skuad Garuda yang bermain pantas berjaya membuahkan empat gol sekaligus mara ke peringkat separuh akhir.

Bukan sahaja gagal mengulangi pencapaian tiga tahun lalu apabila mara ke pentas akhir, malah rekod baik melawan Indonesia juga turut terlerai sejak tahun 2019.

Susulan prestasi hambar, Penganalisis Sukan Tempatan cadang guna jurulatih import

Berhubung dengan perkara itu, Penganalisis sukan tempatan, Dr. Pekan Ramli menyeru agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan perubahan dalam skuad Harimau Malaya.

Hal itu termasuklah merombak bahagian barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Tan Cheng Hoe dan percaya bahawa perkara itu merupakan penyelesaian terbaik setakat ini.

Dr. Pekan Ramli
Dr. Pekan Ramli

Tambahnya lagi, FAM juga perlu mencari pendekatan berbeza dengan melantik jurulatih import pada tahun hadapan berikutan prestasi merudum skuad negara.

Saya percaya penyokong bola sepak tidak kisah kalah, tetapi kualiti serta corak permainan yang ditampilkan agak hambar dan kita boleh lihat jurang perbezaan antara skuad Harimau Malaya dengan Indonesia serta Vietnam.

Justeru, saya harap FAM segera menekan butang panik kerana taktikal yang diterapkan oleh Cheng Hoe sudah ketinggalan zaman dan mudah dibaca.

Sasaran Cheng Hoe gagal dicapai, perlu ‘digantikan segera’

Dalam pada itu, beliau juga berpendapat bahawa usaha Vietnam dan Indonesia melantik jurulatih import yang berasal dari Korea Selatan telah pun membuahkan hasil.

Selain itu, skuad negara juga dilihat sudah kesuntukan masa oleh kerana bakal mengharungi misi terbaharu pada kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.

Apa yang pasti, tindakan perlu segera dilakukan kerana skuad negara sudah kesuntukan masa kerana bakal mengharungi misi yang lebih penting pada kelayakan Piala Asia 2023 tahun depan.

Sekadar info, Cheng Hoe sebelum ini pernah ditugaskan oleh FAM untuk membantu pasukan sekurang-kurangnya berjaya melepasi peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2020.

Tan Cheng Hoe
Tan Cheng Hoe

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas mempamerkan prestasi yang buruk walaupun bermula dengan garang pada awal pembukaan kejohanan.

Difahamkan juga, Cheng Hoe yang telah membimbing skuad negara sejak tahun 2018 itu masih mempunyai baki kontrak sehingga penghujung tahun hadapan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas