Connect with us

Oh! Media

Suami Mahu Ceraikan Isteri Hidap Kanser Rahim Tahap Empat Dan Tergamak Tinggalkan 3 Anak Begitu Saja

Ohmedia copy of Untitled Design 17

Trending

Suami Mahu Ceraikan Isteri Hidap Kanser Rahim Tahap Empat Dan Tergamak Tinggalkan 3 Anak Begitu Saja

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Besar sungguh ujian buat seorang wanita di Pasir Mas, Kelantan apabila ditinggalkan suaminya selepas disahkan kanser rahim tahap empat.

Paling menyedihkan lagi, apabila suaminya itu membiarkan isteri yang sakit ini menjaga tiga orang anak tanpa bantuan kewangan atau kemudahan.

Semua berubah selepas kesihatan semakin merosot

465677895 1095749019219972 7869863658055534708 n
Kredit foto rd Force Pasir Mas

Berdasarkan perkongsian oleh Facebook 3rd Force Pasir Mas, wanita yang dikenali sebagai Puan Norazah yang berusia 50 tahun berkata, sebelum ini beliau masih sihat dan mampu mencari rezeki dengan membuat kuih.

IKLAN

Bagaimana pun, sejak awal tahun ini kesihatan Puan Norazah semakin merosot dan hanya terbaring sahaja. Keadaan ini menyebabkan beliau sukar untuk membuat kerja lain termasuk menguruskan anak-anak.

Puan Norazah juga mendakwa, suaminya dalam proses menceraikannya dengan semua beban anak-anak akan berada di bawah jagaannya.

Syukur mempunyai adik yang berhati mulia

462301615 1095749125886628 178767743963957961 n 1
Kredit foto rd Force Pasir Mas

Puan Norazah mempunyai seorang adik lelaki bernama Aziz, beliau berkongsi Aziz tidak sanggup melihat keadaan kakaknya yang menderita sakit sendirian tanpa jagaan sesiapa.

Maka dia membuat keputusan untuk membawa pulang Puan Norazah ke kampung di Pasir Mas dari Muar, Johor.

Dikatakan lagi adiknya Aziz ini, hanya bekerja kampung tetapi dia cuba menjaga kakak dan tiga orang anak buahnya yang berusia 7 hingga 10 itu sebaik mungkin.

#OhmediaNasihat

Pengorbanan adiknya, Aziz untuk menjaga kakak dan anak-anak saudaranya wajar diberikan pujian meskipun keadaan dirinya sangat sederhana adalah simbol kasih sayang sejati. Kami juga doakan semoga semua urusan Puan Norazah dipermudahkan. Amin.

Ohmedia copy of Untitled Design 17

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: 3rd Force Pasir Mas


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas