Connect with us

Oh! Media

Status Vaksinasi Penerima Sinovac Jadi ‘Putih’ Jika Tak Ambil Penggalak Dilanjutkan?

Trending

Status Vaksinasi Penerima Sinovac Jadi ‘Putih’ Jika Tak Ambil Penggalak Dilanjutkan?

Penerima vaksin jenis Sinovac dan juga warga emas yang berumur 60 tahun ke atas perlu dapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 April ini sekiranya tidak mahu kehilangan status vaksinasi lengkap.

ADVERTISEMENT

BACA : Mulai 1 Mac, Sijil Digital Penerima Sinovac Jadi ‘Putih’ Jika Tak Ambil Penggalak

Tempoh akhir untuk mereka mendapatkan dos penggalak sebelum ini yang ditetapkan pada 28 Februari lalu telah dilanjutkan dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Bermula 1 April, status vaksinasi lengkap untuk golongan tersebut akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum dapat dos penggalak.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa status vaksinasi penerima dos lengkap Sinovac dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan bertukar menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac.

Ujar Khairy, golongan yang tidak menunjukkan status lengkap vaksinasi akan berhadapan dengan beberapa sekatan dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang diterima kepada penerima dos lengkap vaksin.

Sehingga ke tarikh tersebut, terdapat hanya lebih kurang 32 peratus atau sejuta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak.

Kredit: Says.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas