Trending
SPRM Tahan Pasangan Influencer Terkenal Dakwaan Seleweng Kutipan Derma
Terkini! Harian Metro melaporkan pasangan suami isteri yang merupakan influencer terkenal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas terpalit dengan dakwaan menyeleweng kutipan derma.

Pasangan berkenaan ditahan kira-kira jam 6.40 petang tadi untuk membantu siasatan selepas tular dakwaan pasangan terbabit mengumpul sumbangan melebihi jutaan ringgit tetapi wang tidak disalurkan dengan betul.
Kira-kira jam 9.20 pagi hari ini, pasangan berkenaan dilaporkan tiba ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman.
Lapor sumber lagi, pasangan terbabit menerusi peguam sebelum ini pernah membuat penafian terlibat dalam isu seleweng dan pecah amanah wang derma orang ramai.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Harian Metro
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM