Connect with us

Oh! Media

Trending

“Spoil Mood Aku Nak Makan” – Wanita Berang Dilempar Najis Dari Sebuah Flat

Kebersihan merupakan perkara asas bagi menjamin kesihatan tubuh badan. Bukan sahaja melibatkan persekitaran, malah tingkah laku juga memainkan peranan yang sangat penting.

BACA: Menjijikkan! Kilang Kicap ‘Dipenuhi’ Najis Haiwan, Diarah Tutup Dua Minggu

IKLAN

Acap kali kita mendengar kejadian melibatkan perilaku tidak bertanggungjawab segelintir individu yang gemar membuang sampah merata-rata tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Lebih teruk lagi, pembuangan sampah juga turut berlaku dari kawasan yang tinggi seperti sebuah flat sehingga mampu mencederakan orang yang berada di bawahnya.

Baru nak beli nasi kandar, wanita berang dilempar najis dari sebuah flat

Bagaimanapun, kejadian sama turut berlaku kepada seorang wanita apabila dirinya menjadi mangsa terhadap individu yang gemar membuang sampah merata-rata.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, ketika itu dia bersama keluarganya baharu sahaja turut dari kenderaan untuk membeli juadah nasi kandar di sebuah premis di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, nasib malang terpaksa dihadapi mereka selepas didakwa terkena najis yang dilempar oleh individu dari tingkat atas sebuah flat berhampiran premis tersebut.

@queenmedina130104

##fyp

♬ original sound – 🌈Dina🌈

Dia yang dipercayai datang bercuti ke negeri itu dari Johor Bahru turut meluahkan rasa geram selepas kereta serta adiknyanya juga turut terkena percikan najis tersebut yang dibungkus dalam sebuah plastik.

Boleh spoil mood tadi mula nak makan, kesian adik aku seluar dia terkena percikan najis.

Mak aku sempat membebel dan berbual dengan orang kawasan situ. Memang orang kat situ suka buang sampah dari atas.

Tambanya, kejadian dikatakan berlaku di Kampung Melayu, Pulau Pinang di kawasan parkir berhampiran premis nasi kandar dan lokasi tersebut merupakan sebuah tempat terbuka.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut bersimpati akan nasib yang menimpa keluarga itu selain menyifatkan kejadian itu memalukan nama baik kawasan tersebut.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 22,000 jumlah tontonan serta mendapat 683 tanda suka.

Kredit: TikTok queenmedina130104

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas