Connect with us

Oh! Media

SKMM Sahkan Polis Telah Menerima 20 Laporan Ke Atas Pemilik Facebook Wan Noor Baizura

kaklong 7e

Trending

SKMM Sahkan Polis Telah Menerima 20 Laporan Ke Atas Pemilik Facebook Wan Noor Baizura

Isu melibatkan Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kaklong 7E selepas meniru cara Orang Kelainan Upaya (OKU) berjalan kini sudah mendapat perhatian pihak polis.

ADVERTISEMENT

BACA: OKU Rasa Dipersendakan Buat Laporan Polis Ke Atas Kaklong 7E

Ini apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan sebanyak 20 laporan polis telah dilakukan bagi mendakwa Kaklong 7E.

Ketua SKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan perkara itu selepas apa yang dilakukan Kaklong 7E adalah berbentuk penghinaan ke atas OKU dan dikongsikan pula ke Facebook.

Zahidi turut memberi amaran kepada semua untuk tidak menghina kehormatan seseorang termasuk mempersenda keadaan fizikal seseorang. Jika masih melakukannya, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 (1)(b) Komunikasi dan Multimedia, Akta 1998.

Harap apa yang terjadi ke atas Kaklong 7E ni dapatlah dijadikan pengajaran untuk dirinya dan kita semua. Gunakanlah masa yang kita ada setiap hari untuk perbaiki diri jadi lebih baik.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas