Connect with us

Oh! Media

OKU Rasa Dipersendakan Buat Laporan Polis Ke Atas Kaklong 7E

Ohmedia kaklong7e

Trending

OKU Rasa Dipersendakan Buat Laporan Polis Ke Atas Kaklong 7E

Buat salah minta maaf, buat salah minta maaf dan itu sahajalah yang diulang tanpa rasa benar-benar bersalah. Tidak semua orang dapat memaafkan seseorang dengan begitu mudah dan itulah apa yang dirasakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) apabila membuat laporan polis ke atas Kaklong 7E.

BACA: “Video Live Tu Tujuan Saya Bergurau” – Kak Long Mohon Maaf, Nafi Ejek OKU

Sejak pagi tadi, tersebar video menunjukkan Kaklong 7E mengejek OKU dalam live di Facebook miliknya. Kaklong 7E menggayakan cara OKU berjalan tempang dengan mulut senget ketika menjawap kecaman dari netizen.

IKLAN

Walaupun, Kaklong 7E telah membuat permohonan maaf atas kelakuannya, ada golongan OKU yang tidak dapat menerima dan membuat laporan polis ke atas video yang tersebar.

Laporan polis ini dimaklumkan seorang pengguna Facebook di OKU Sentral (Founder by Ras Adiba Radzi) yang menunjukkan gambar seorang lelaki dengan salinan laporan polis yang telah dilakukan.

Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai warga OKU

275778046 150993207380144 6612506390267523937 n
275934443 3132181827038674 5516822743627704482 n 944x1536 1

Rata-rata menyokong tindakan seperti ini perlu diambil untuk memberi pengajaran sebenar kepada wanita terbabit. Mereka juga berharap agar Kaklong 7E tidak lagi bersuara jika ia hanya dengan niat menyakitkan hati pihak lain.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas