Connect with us

Oh! Media

Singapura Tawar Gaji RM11k, Cari Pekerja Cuci Pinggan Dari Malaysia

singapura

Trending

Singapura Tawar Gaji RM11k, Cari Pekerja Cuci Pinggan Dari Malaysia

Pemilik restoran di Singapura mengeluh kerana susah mahu mencari pekerja untuk membasuh pinggan, sehingga mereka terpaksa menawarkan gaji sehingga SG $3,500 iaitu RM11,000 sebulan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Rupanya Punca Mengapa Ustaz Abdul Somad Dilarang Masuk Singapura Yang Dianggap Sebagai ‘Pelampau’

Menerusi laman Must Share News, apabila susah untuk mencari pekerja, pemilik restoran sendiri yang perlu membanting tulang basuh semua pinggan-pinggan yang kotor.

Tak ada rakyat Singapura yang sanggup

Sebelum kenaikan gaji, Chen Weixin, pemilik Restoran Ishinomaki Grill & Sake di Orchard Road menyatakan kesusahan untuk mencari pekerja dari Malaysia, walaupun diberi gaji tambahan sebanyak SG $50 iaitu RM160 sehari.

Apabila mereka menawarkan gaji sebanyak SG $3,500 sebulan, barulah ramai pekerja dari Malaysia berminat untuk bekerja. Weixin mengatakan dia hanya berharap kepada rakyat Malaysia kerana tiada rakyat Singapura yang sanggup untuk bekerja sebagai pencuci pinggan dengan tawaran gaji sebegitu.

Kalau korang rasa SG $3,500 tu dah banyak, ada beberapa perniagaan F&B yang lain menawarkan gaji SG $4,000 sebulan untuk basuh pinggan dan bonus sebanyak SG $3,000.

Tawaran gaji ini diberikan kerana pemilik restoran susah untuk mencari pekerja selepas Covid-19 melanda dunia.

Sesiapa yang berminat nak cuci pinggan dekat Singapura tu, bolehlah cuba nasib! Banyak restoran dekat sana yang kekurangan pekerja. Tawaran gaji pun boleh tahan kalau nak dibandingkan dengan Malaysia, kan? Hehe.

Kredit: Must Share News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas