Connect with us

Oh! Media

Sindiket Tanam Pokok Ganja Dalam Premis Mewah Tewas, Nilai Rampasan Lebih RM500k!

pokok ganja

Trending

Sindiket Tanam Pokok Ganja Dalam Premis Mewah Tewas, Nilai Rampasan Lebih RM500k!

Sebuah premis mewah di Kuala Lumpur telah dijadikan sebagai tempat penanaman pokok ganja oleh sindiket dadah, sejak tiga bulan lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Malaysia Tidak Pernah Larang Penggunaan Ganja Untuk Perubatan

Namun, kegiatan sindiket dadah tersebut telah tewas selepas pergerakan mereka dihidu polis dan premis mewah tersebut diserbu pihak polis pada Selasa lepas.

Tiga suspek didapati positif dadah

Pokok ganja yang ditanam oleh sindiket. (Foto: Kosmo)

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd. Latif menyatakan, polis berjaya menahan empat lelaki tempatan dalam tiga tangkapan berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerusi Ops Nekkar.

Kesemua suspek ditahan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan di sekitar Brickfields serta Shah Alam dan saringan air kencing mendapati tiga suspek positif dadah.

Hasil tangkapan kesemua suspek polis berjaya merampas lapan batang pokok ganja dan tiga plastik lutsinar berisi tujuh biji benih digunakan untuk menanam pokok ganja di premis itu.

Dua balang kaca mengandungi 4,551 gram bunga ganja , 720 gram plastik hitam daun-daun kering dan empat plastik lutsinar berisi ganja turut dirampas oleh pihak polis.

Bukan itu sahaja, sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz C180 Sport dan sebuah motosikal jenis KTM 390 DUKE juga turut dirampas dan menjadikan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan sebanyak RM586,520.

Sindiket ini menggunakan premis mewah serta teknologi canggih untuk proses penanaman dan penjagaan pokok ganja dengan benih ganja import dijual kepada pelanggan tertentu sahaja.

Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 15 Disember lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Nampaknya memang kalini mereka tumpas ditangan polis. Orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Semoga sindiket lain yang masih bebas di luar sana juga turut ditangkap polis agar negara kita aman daripada kes-kes sebegini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas