Connect with us

Oh! Media

Tuang Sabun Dalam Kolam Sebab Content? 8 Remaja Ditahan Polis Bantu Siasatan

Trending

Tuang Sabun Dalam Kolam Sebab Content? 8 Remaja Ditahan Polis Bantu Siasatan

Di media sosial semalam, tular rakaman video menunjukkan aksi tidak bertanggungjawab beberapa orang remaja menuang sabun pencuci ke dalam kolam hiasan di kawasan Kluang Parade.

ADVERTISEMENT

BACA: “Content Punya Pasal Hilang Otak” – Netizen Bengang Lelaki Isi Minyak Tengah Jalan

Perbuatan itu mengundang padah apabila pihak pengurusan meminta kesemua mereka tampil bertanggungjawab. Lebih parah lagi apabila perbuatan itu turut mendapat perhatian pihak polis.

Memetik laporan Kosmo!, lapan remaja termasuk tiga pelajar sekolah menengah akhirnya ditahan selepas mereka menyerah diri di Balai Polis Sri Lalang kira-kira 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisoner Low Hang Seng berkata, motif kejadian dipercayai akibat terpengaruh dengan TikTok. Hasil ujian air kencing ke atas 8 suspek mendapati negatif.

Kejadian itu dipercayai telah berlaku pada Ahad lalu kira-kira 5.30 pagi dan susulan rakaman video tersebut, pihak polis telah mengenalpasti dan membuat tangkapan ke atas lapan lelaki yang disyaki terlibat untuk siasatan selanjutnya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat terhadap harta.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas