Trending
Sila Ambil Langkah Berjaga-Jaga, 6 Negeri Ini Dijangka Akan Berlaku Puting Beliung Lagi
Pada
Oleh
Sebelum ini kita dikejutkan dengan kejadian puting beliun di Ipoh, Perak sehinga menyebabkan ratusan rumah mengalami kerosakan. Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan langkah berjaga-jaga kepada negeri di Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera MetMalaysia, Ambun Dindang di mana negeri terbabit adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Kita dapati kebanyakan (puting beliung) berlaku di sebelah negeri di Pantai Barat Semenanjung, selain di Sabah dan Sarawak, yang juga pernah melaporkan kejadian seumpama itu.
Kebanyakan (yang akan berlaku) di kawasan di persisiran pantai seperti Bintulu, Miri dan perairan Labuan serta Pantai Barat Sabah. Kawasan berkenaan sudah melaporkan kejadian puting beliung dan ia akan sentiasa berlaku, apabila keadaan cuaca sesuai (kehadiran awan kumulonimbus).
Kehadiran kumulonimbus itu akan menyebabkan perolakan kuat dalam awan, seterusnya akan membentuk corong awan di dasar. Bagaimanapun, MetMalaysia sukar untuk menjangka bila dan di mana puting beliung akan muncul kerana ia berlaku pada skala kecil dan sekejap.
Jadi, diharapkan semua yang berada di kawasan berisiko untuk sentiasa bersedia dan mencari perlindungan ketika kejadian itu berlaku.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!
Sebelum ini, seorang pemandu bas sekolah memuat naik content TikTok dengan merakam murid sekolah rendah dan melabel mereka...
Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai seorang kontraktor wanita dewan makan di MRSM Taiping yang...
PDRM hari ini memaklumkan telah menerima 5 laporan berkaitan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung...
Ahli keluarga penghuni rumah kebajikan naungan syarikat berkaitan produk Islam terkenal tampil membuat laporan polis mendakwa...
Baru-baru ini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan mewajibkan sijil halal akan...