Connect with us

Oh! Media

Shukri Yahaya Tak Mahu Lakukan Ini Lagi Dan Mahu Jaga Hati Isteri

Shukri Yahaya

Trending

Shukri Yahaya Tak Mahu Lakukan Ini Lagi Dan Mahu Jaga Hati Isteri

Pelakon popular, Shukri Yahaya tampil memberikan respon terhadap teguran netizen yang berharap agar dia menjaga batas pergaulan dalam lakonan, lebih-lebih lagi selepas isterinya, Tya Adnan kini tampil berniqab.

Menurut laporan mStar, Shukri berkata yang dirinya sentiasa mengingati tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa terhadap keluarga dan mahu terus istiqamah.

Rasanya sudah tiada berlakon berpegang tangan. Semoga saya terus istiqamah, terus menjaga hati isteri saya dan keluarga. Doakan saya.

Enggan hanyut dengan pujian, Shukri Yahaya sentiasa fikirkan keluarga

769bf3d1 8aad 4e94 a5d5 fe11e5ed1e1f

Walaupun sering dipuji sebagai ‘suami contoh’ dan ‘lelaki setia’, Shukri menegaskan bahawa dia tidak pernah berbangga dengan label itu kerana menyedari setiap tindakannya memberi kesan kepada keluarga.

IKLAN

Saya tak pernah bangga dilabel sebagai lelaki setia. Saya sentiasa berpesan kepada diri sendiri supaya ingat keluarga dalam setiap apa yang dilakukan.

Tambahnya, dia mahu menjaga nama baik keluarga dan tidak mahu terpalit dengan perkara negatif.

Cabaran dalam Blood Brother: Bara Naga

E09a3ee6 d000 4b9d 981d 8f3f39a0ffb6

Dalam pada itu, Shukri turut berkongsi cabaran membawakan watak Fadlan dalam filem aksi Blood Brother: Bara Naga. Katanya, bukan mudah membawa watak tersebut kerana memerlukan latihan intensif selama enam bulan sebelum penggambaran bermula.

Watak saya ada perkembangan dari awal sampai akhir. Selama enam bulan jalani latihan kami dapat keserasian antara semua pelakon.

#ApaKataOhmedia

Bila kita sedar setiap tindakan ada kesannya pada orang yang kita sayang, secara automatik kita akan lebih berhati-hati. Moga lebih ramai selebriti jadikan keluarga sebagai keutamaan dalam setiap keputusan mereka.

Shukri Yahaya

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas